Bill Gate Wariskan RM365 Bilion Kepada Golongan Miskin

bill gate


Anak-Anak Bill Gates Bangga Keputusan Bapa Mereka Wariskan Harta RM356 bilion Kepada Golongan Miskin

NEW YORK 27 Okt. –  Tiga anak billionair Microsoft, Bill Gates bangga dengan keputusan bapa mereka untuk tidak mewariskan harta berjumlah AS$85.52 bilion (RM356.16 bilion) kepada mereka sebaliknya didermakan semua kepada golongan miskin.

Bill Gates yang kini sudah berusia 60 tahun mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berkata anak-anaknya itu memahami dan menyokong keputusan tersebut.


Wang ini adalah untuk membantu mereka yang miskin. Anak-­anak saya tahu dan bangga malah mereka turut melihat kerja-kerja kebajikan yang dilakukan,’’ katanya.



Menurut Mail Online, Gates tidak meninggalkan kemewahan kepada anak-anaknya sebaliknya mementingkan pendidikan supaya mereka boleh memulakan karier masing-masing.

Walaupun begitu, mereka tidak akan menjadi miskin. Mereka tetap mempunyai sokongan kewangan bagi tujuan keselamatan,’’ katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Gates berkata, beliau tidak mahu memberi kemewahan melampau kepada anak-anaknya kerana ia boleh membawa kepincangan dalam perkara yang mereka lakukan, sebaliknya mereka perlu mencipta hala tuju sendiri.

Tiga anak Gates iaitu, Jennifer, 20, Rory, 17 dan Phoebe, 14 merupakan hasil perkahwinannya dengan Melinda, 52.


Jennifer kini belajar dalam tahun dua di Universiti Stanford, California yang mana Gates turut menderma sebanyak AS$6.11 juta (RM25.45 juta) bagi pembinaan bangunan sains komputer atas nama beliau.

Jennifer juga seorang penunggang kuda yang hebat dan sering menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.

Rory dan Phoebe masih bersekolah dan tinggal bersama-sama Gates di Seattle, Washington.

Gates hanya mewariskan sebahagian kecil harta kepada anak-anaknya, manakala selebihnya akan didermakan kepada badan kebajikan miliknya, Yayasan Bill dan Melinda Gates yang membiayai projek-projek pendidikan dan kesihatan di seluruh dunia.

Sumber: Utusan Online


loading...

0 Response to "Bill Gate Wariskan RM365 Bilion Kepada Golongan Miskin"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com