Cara Mudah Nak Hilangkan Bau Badan Yang Perlu Anda Tahu

cara hilangkan bau badan

Cara nak hilangkan bau badan dengan mudah

Bau badan ataupun bau pada bahagian ketiak merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Masalah ini akan merendahkan self confident seseorang kerana individu tersebut malu untuk berhadapan dengan masyarakat kerana masalah bau badan yang dihadapinya.

Bau pada bahagian ketiak merupakan kekerapan masalah ini, ketiak merupakan tempat yang tertutup dan lembab. Ia merupakan antara penyebab yang mendorong pembiakan bakteria pada kawasan tersebut. Apabila banyak bakteria pada kawasan tersebut maka ia akan menghasilkan bau yang kurang enak.


CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan bau badan, tetapi dilupakan malahan dianggap tidak rasional pada sesetengah kaedah tersebut.

1. Mandi 2 kali sehari atau lebih
Perkara yang mudah tetapi sering pandang ringan oleh sesetengah individu. Ada sesetengahnya suka mandi dengan begitu cepat ataupun ‘mandi kerbau’. Sebaiknya semasa mandi gunakan sabun yang wangi dan antibakterial supaya ia dapat meminimumkan bakteria pada badan. Gosokkan ketiak menggunakan span ataupun antara petua orang tua, dengan menggunakan belakang telapak tangan.
2. Gunakan deodoran atau anti perspirant
Sekarang deodoran dan anti-perspirant merupakan barang yang mudah untuk didapatkan mahupun dikedai runcit. Ia dapat membantu dalam mewangikan badan dan mengurangkan peluh. Jangan anda tersilap bahawa deodoran dan anti-perspirant merupakan barang yang berbeza kegunaannya
Deodoran: menghilangkan bau badan yang kurang enak dan mewangikan badan
Anti-perspirant: untuk mengurangkan peluh pada sesuatu tempat
     
3. Kurangkan makan makanan yang berbau
Antara contoh makanan yang berbau adalah
- Rempah
- Alkohol dan kaffein
- Bawang
- Tembakau

4. Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan
Sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang mempunyai banyak khasiatnya. Ia mengandungi vitamin dan mineral yang boleh mengurangkan bau pada badan.

5. Timun
Timun  merupakan antara sayuran yang sering dimakan oleh orang ramai. Timun ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri dan antaranya boleh membuatkan wajah kita lebih bersih dan ia juga dapat mengatasi bau badan yang tidak enak itu.

Antara cara menggunakannya ialah
- Potong buah timun mnjadi beberapa hirisan
- Ambil hirisan tersebut dan gosokan dengan lembut pada permukaan kulit ketiak selepas mandi.



loading...

0 Response to "Cara Mudah Nak Hilangkan Bau Badan Yang Perlu Anda Tahu"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com